Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ HEALTHCARE BERHASRAT TINGKAT BUDAYA KESELAMATAN

Utusan Malaysia - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) berhasrat meningkatkan budaya keselamatan dan kualiti tinggi di kalangan pesakit dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai penyedia penjagaan kes

01-12-2008

JOHOR BAHRU 1 Dis. – KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) berhasrat meningkatkan budaya keselamatan dan kualiti tinggi di kalangan pesakit dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai penyedia penjagaan kesihatan terbesar nombor satu di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, hasrat itu mampu dicapai menerusi pakatan kepakaran kumpulan dan disokong oleh pihak pengurusan bagi menunjukkan komitmen jitu dalam memastikan keselamatan pesakit.
Beliau berkata, walaupun menjadi penyedia penjagaan kesihatan nombor satu dalam industri, kumpulan itu tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

“Kami akan terus sentiasa berkembang dan perjalanan kumpulan masih jauh apabila ranjau yang bakal ditempuhi adalah mencabar.

“Justeru kami perlu memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam sebagai alat penting untuk mengatasi sebarang halangan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perubatan Tahunan KPJ Healthcare kali kelapan di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Siti Sa‘adiah Sheikh Bakir.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini disertai lebih 300 peserta yang terdiri daripada kalangan juruperunding atau doktor pakar daripada kumpulan KPJ Healthcare.

Tahun ini, persidangan tersebut memilih tema ‘Meningkatkan Budaya Keselamatan dan Kualiti Penjagaan Pesakit’.
Muhammad Ali berkata, persidangan itu merupakan platform penting sebagai pertemuan golongan profesional bagi membincang lebih mendalam dalam mengubah corak sistem penyampaian penjagaan kesihatan.

Jelas beliau, persidangan itu juga merupakan salah satu strategi syarikat bagi memastikan kakitangan meningkatkan pengetahuan sekali gus dapat bersaing dengan perkembangan teknologi dan mesin terkini.

“Tema persidangan yang dipilih amat penting dalam menghadapi cabaran penyampaian penjagaan kesihatan swasta pada hari ini.

“Kejayaan sesebuah syarikat kini ditentukan oleh keselamatan dan kualiti. KPJ Healthcare sendiri tidak pernah berkompromi dalam menyampaikan penjagaan kualiti tinggi sepanjang 27 tahun terlibat dalam industri ini,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, KPJ Healthcare menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada dua buah badan kebajikan, Persatuan Kebajikan Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat.

Selain itu, AmBank Bhd. turut menyumbang mesin dialisis bernilai RM37,700 kepada klinik kebajikan KPJ Healthcare, Klinik Waqaf An-Nur di Sungai Buloh, Selangor.



BACK