Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

AGENSI, GLC BERTANGGUNGJAWAB LAHIRKAN USAHAWAN

Utusan Malaysia - Agensi-agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan usahawan-usahawan baru di kalangan orang Islam yang sekali gus m

15-01-2009

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Agensi-agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan usahawan-usahawan baru di kalangan orang Islam yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara serta ummah.

Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir berkata, peranan yang dimainkan agensi-agensi kerajaan dan GLC akan dapat mewujudkan serta memperkasakan usahawan baru yang cekap dan berdaya saing dalam cabaran mendatang.

''GLC perlu membuka rangkaian baru untuk menarik perhatian usahawan-usahawan baru melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai usaha memenuhi polisi kebangsaan serta meningkatkan ekonomi ummah.
''Latihan dan bimbingan lanjut perlu diberikan kepada mereka dalam usaha mengekalkan mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Agensi Awam dan GLC Dalam Mewujudkan dan Memperkasa Usahawan Baru Yang Kompeten dan Berdaya Saing: Suatu Gagasan dan Cabaran Masa Depan pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini semalam.

 Katanya, GLC dan agensi awam berperanan untuk memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran para usahawan baru melalui penglibatan mereka dalam pembelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi berdasarkan program pembangunan usahawan yang diadakan.

Menurut beliau, melalui program keusahawan yang dijalankan, pihak berkenaan juga perlu tampil untuk memberi bantuan kewangan kepada usahawan baru bagi membolehkan mereka memperkembangkan lagi perniagaan yang dijalankan.
Siti Sa'diah menegaskan, usahawan harus bertukar-tukar pengetahuan kerana ia dapat membantu mereka berkongsi pandangan dalam menjayakan perniagaan yang dijalankan.

''Seorang usahawan juga wajar diterapkan dengan budaya sendiri agar mereka ini nanti dapat meletakkan satu matlamat besar untuk membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa.
Beliau seterusnya menasihatkan usahawan Melayu agar memperkembangkan perniagaan bercorak Islam dalam usaha meningkatkan lagi ekonomi ummah.



BACK