Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

AL-AQAR TINJAU PASARAN TIMUR TENGAH

Utusan Malaysia - Al- Aqar KPJ REIT (Al-Aqar) sedang meninjau peluang pelaburan dalam industri penjagaan kesihatan di Timur Tengah.

13-02-2009


Al-Aqar diuruskan oleh Damansara REIT Managers Sdn. Bhd., Pengarahnya, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir berkata, syarikat telah bersedia dan telah memenuhi syarat Syariah untuk menembusi pasaran tersebut.
''Kami akan mengadakan pameran bergerak dan menawarkan peluang pelaburan kepada para pelabur dan bakal pelabur di Timur Tengah.

''Apa yang penting kami telah pun memenuhi syarat berkaitan Syariah di peringkat Malaysia dan Timur Tengah untuk menembusi pasaran tersebut,'' katanya.

Tambah Siti Sa'diah, berikutan konsep amanah pelaburan hartanah (REIT) adalah dalam bentuk pelaburan yang baru di sana, syarikat perlu bekerjasama dengan rakan niaga berpengalaman seperti Kuwait Finance House Bhd. (KFH) untuk membantu Al-Aqar memasuki pasaran Timur Tengah.

Selain itu, katanya, Al-Aqar juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatannya tetapi masih belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman.

''Sebagai pengurus REIT yang terbabit dengan penjagaan kesihatan akan sentiasa meninjau peluang sesuai untuk disuntik kepada dana hartanah kami,'' katanya.

Terdahulu, Al-Aqar menandatangani perjanjian untuk mendapat penyediaan Ijarah bersindiket bernilai sehingga RM250 juta bagi membiayai pengambilan sembilan aset estetnya.

Pengambilalihan itu yang dijangka selesai menjelang separuh pertama tahun ini, mengandungi tujuh aset penjagaan kesihatan iaitu Hospital Pakar Seremban, Pusat Perubatan Taiping, Hospital Pakar Kota Kinabalu, Hospital Pakar Bukit Mertajam, Bangunan Baru Hospital Pakar KPJ Tawakal, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, dan Kolej Jururawat dan Kesihatan antarabangsa PNC di Nilai.

Dua lagi hartanah ialah Hotel Selesa and Metropolis Tower di Johor Bahru.
Sa'diah berkata, Al-Aqar akan mengeluarkan bayaran dividen akhir 4.1 sen seunit, yang menjadikan kesemuanya 8.7 peratus.



BACK