Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

AL-AQAR DAPAT BIAYAAN RM250J

Utusan Malaysia - AmInvestment Bank Bhd. (AmInvestment) dan Kuwait Finance House (KFH) akan menguruskan kemudahan Ijarah bersindiket sehingga RM250 juta kepada Al-Aqar KPJ REIT (Al-Aqar).

13-02-2009

Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir (tengah), Azlan Hashim (dua dari kiri) dan Salman Younis (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara T C Kok (kiri sekali) dan Ahmad Rodzi Pawanteh (kanan sekali), selepas memeterai perjanjian penyediaan Ijarah bersindiket bernilai RM250 juta di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - AmInvestment Bank Bhd. (AmInvestment) dan Kuwait Finance House (KFH) akan menguruskan kemudahan Ijarah bersindiket sehingga RM250 juta kepada Al-Aqar KPJ REIT (Al-Aqar).

Kemudahan Ijarah bersindiket itu adalah untuk membantu syarikat pelaburan amanah hartanah (REIT) Islam pertama, Al-Aqar yang disenaraikan di Bursa Malaysia mengambil alih sembilan aset hartanah di Malaysia.
Timbalan Pengerusi AMMB Holdings Bhd., Datuk Azlan Hashim berkata, kerjasama yang dilakukan bersama KFH dalam menyediakan kemudahan Ijarah itu adalah salah satu strategi syarikat dalam mengukuhkan akses kepada penyelesaian kewangan Islam.

''Kami akan terus menjadi peneraju kepada penyediaan kewangan terbaik dan unik kepada keperluan perniagaan pelanggan.

''AmInvestment juga berhasrat untuk meluaskan serta mengukuhkan penyelesaian akses kewangan Islam untuk pelanggan di peringkat tempatan atau serantau,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Memeterai Perjanjian Kemudahan Ijarah Bersindiket sehingga RM250 juta kepada Al-Aqar di sini hari ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Amanah Raya Bhd., Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan AmInvestment, T C Kok dan Ketua Pegawai Perbankan Korporat dan Pelaburan KFH, Annis Sheikh Mohamed.
Hadir sama di majlis itu, Pengarah Damansara REIT Manager Sdn. Bhd. dan Pengurus Al-Aqar KPJ REIT, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Sementara itu, Pengarah Urusan KFH, Datuk Salman Younis berkata, KFH optimistik perjanjian tersebut akan mengukuhkan hubungan antara pengantara dan pelabur serta membuka peluang yang lebih luas antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Negara Teluk (GCC).

''KFH merupakan kumpulan yang mempunyai pengalaman luas dalam menyediakan kemudahan kepada pelbagai organisasi industri penjagaan kesihatan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

''Antara kejayaan yang dicapai KFH adalah memiliki 52 peratus kepentingan dalam Hospital Antarabangsa Salam di Kuwait serta beberapa perjanjian dalam penjagaan kesihatan di India dan Singapura,'' katanya.



BACK