Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ HEALTHCARE MILIKI 23 HOSPITAL

''Pada masa ini, kita mempunyai serangkaian 19 buah hospital di seluruh negara yang memberi pelbagai perkhidmatan pakar kepada rakyat," katanya

22-07-2009

''Pada masa ini, kita mempunyai serangkaian 19 buah hospital di seluruh negara yang memberi pelbagai perkhidmatan pakar kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KPJ Healthcare dengan Pasdec Corporations Sdn. Bhd. (Pasdec) di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

KPJ Healthcare diwakili Pengurus Besar Kumpulan (Operasi Hospital), Amiruddin Abdul Satar dan Pengurus Besar Kumpulan, Mohd. Sahir Rahmat manakala Pasdec diwakili Pengarah, Datuk Lias Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Khairuddin Abdul Manan.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
MoU itu diadakan sempena seminar Pembangunan Industri Halal Nasional peringkat negeri di Kompleks Dagangan Mahkota itu yang dirasmikan oleh Adnan.

Muhammad Ali berkata, KPJ Healthcare melabur sebanyak RM300 juta untuk membina setiap hospital yang dilengkapi pelbagai kemudahan terkini kepada pesakit.

Beliau menjelaskan, pembinaan hospital-hospital itu dibuat berdasarkan permintaan yang semakin tinggi di kalangan rakyat selain mengurangkan kos rawatan ke luar negara.

''Kita memahami keperluan rakyat dan hospital kerajaan sedia ada juga tidak mampu menampung permintaan yang semakin bertambah," katanya.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya juga sedang membina sebuah lagi hospital baru juga dikenali Hospital Tawakal bersebelahan Hospital Tawakal yang kini beroperasi di Kuala Lumpur.

Mengulas pembinaan hospital pakar bernilai RM100 juta di Kuantan, kata Muhammad Ali, pusat perubatan tersebut akan dibina di tapak seluas 1.2 hektar di Tanjung Lumpur.

Beliau berkata, hospital yang mempunyai 180 katil itu turut dilengkapi unit rawatan rapi (ICU), bilik bedah, farmasi, makmal, unit hemodialisis, perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan.

Dengan pembinaan itu, beliau berkata, Kuantan bakal memiliki dua hospital pakar iaitu Hospital Pakar Kuantan (KSH) yang kini turut memberi perkhidmatan kepada pesakit dari Kota Bharu, Kelantan dan Mersing, Johor.



BACK