Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ BUKA HOSPITAL PAKAR DI BANDAR PERDA

Harian Metro - KPJ Healthcare Berhad (KPJ), ahli Kumpulan Johor Corporation melebarkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan cawangan terbaru Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang (KPJ Penang Specialist Ho

03-08-2009

Harian Metro - KPJ Healthcare Berhad (KPJ), ahli Kumpulan Johor Corporation melebarkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan cawangan terbaru Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang (KPJ Penang Specialist Hospital) yang ke-19 di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Hospital yang dibina di atas kawasan seluas dua hektar itu dilengkapi pelbagai jenis peralatan perubatan terkini dan canggih membabitkan kos pelaburan RM70 juta termasuk kos pembinaan RM45 juta.

Pengarah Eksekutifnya, Abdol Wahab Baba, berkata pembukaan hospital itu sebagai kesinambungan daripada pengambilalihan Hospital Pakar Bukit Mertajam oleh KPJ pada 2000 dan satu usaha KPJ menyediakan perkhidmatan perubatan lebih baik kepada warga Pulau Pinang.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya dalam proses memindahkan pesakit serta sebahagian peralatan di hospital itu secara berperingkat dan proses itu dijangka selesai pada pertengahan bulan ini.



BACK