Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ SASAR PEROLEHAN 2012 RM2B

Berita Harian, Tuesday - KPJ Healthcare Bhd (KPJ), penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di negara ini, menyasarkan meraih pendapatan RM2 bilion pada tahun kewangan 2012 berbanding RM1.4 bil

24-11-2009

KPJ Healthcare Bhd (KPJ), penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di negara ini, menyasarkan meraih pendapatan RM2 bilion pada tahun kewangan 2012 berbanding RM1.4 bilion tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata pihaknya yakin mencapai sasaran itu berdasarkan prestasi semasa serta pelaksanaan pelbagai strategi pengembangan syarikat, termasuk cadangan menambah bilangan hospital dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ketika ini, KPJ mempunyai 19 hospital di seluruh negara dan merancang untuk menambah bilangan itu dan proses mengenal pasti tapak sedang dilakukan.

“Beberapa mekanisme dilakukan bagi menambah jumlah hospital kami, termasuk mengambil alih hospital lama dan membina yang baru. Kami juga merancang untuk meningkatkan kapasiti hospital sedia bagi menjana pendapatan lebih tinggi,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang (KPJ Penang Specialist Hospital) di Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Hospital ke-19 milik KPJ di tapak seluas dua hektar itu dilengkapi pelbagai peralatan perubatan terkini. Ia membabitkan pelaburan RM70 juta, termasuk kos pembinaan RM45 juta.

Pembukaan hospital itu adalah kesinambungan daripada pengambilalihan Hospital Pakar Bukit Mertajam di Sungai Rambai oleh KPJ pada 2000.

Muhammad Ali berkata, pihaknya akan melaksanakan pembangunan fasa kedua hospital itu dalam tempoh dua tahun lagi bagi menambah jumlah katil daripada 100 sekarang kepada 236.

Katanya, pihaknya akan mengubahsuai premis lama Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Sungai Rambai yang dulunya dikenali Medicare Specialist Hospital untuk dijadikan pusat latihan kejururawatan kendalian KPJ yang bakal mengambil 200 pelatih bagi tahun pertama.



BACK