Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Kamaruzzaman Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp

Utusan Malaysia, Thursday, July 29, 2010

29-07-2010

JOHOR BAHRU 29 Julai – Naib Presiden Kanan Kewangan dan Khidmat Korporat Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim hari ini dilantik sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp selepas peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan melantik Kamaruzzaman itu dibuat selepas mesyuarat ahli-ahli Lembaga Pengarah JCorp ke-153 yang dipengerusikannya hari ini, menerima peletakan jawatan Muhammad Ali.
"Sehubungan dengan peletakan jawatan ini, Naib Presiden Kanan Kewangan dan Khidmat Korporat Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim akan memangku tugas dan tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation,” katanya di dalam kenyataan lima perenggan berkenaan.
 
Abdul Ghani, yang juga Pengerusi JCorp, berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri, ahli lembaga pengarah dan anggota kerja dalam Kumpulan JCorp, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad Ali di atas khidmat bakti beliau selama ini.
 
Sepanjang tempoh 28 tahun menerajui JCorp, Muhammad Ali, katanya, banyak membawa pencapaian bagi kumpulan berkenaan.
Pada 12 Julai lepas, Muhammad Ali mengumumkan kesediaannya meletak jawatan dengan surat peletakan jawatan dihantar ke pihak lembaga perbadanan tersebut pada 1 Julai lepas, walaupun khidmatnya sepatutnya tamat pada 31 Disember depan. – Bernamabagi menggantikan Tan Sri Basir Ismail.



BACK