Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ HEALTHCARE TAWAR BILIK BEDAH DIGITAL

UTUSAN - Kuala Lumpur, 23 Ogos

24-08-2010

KPJ Healthcare Bhd., syarikat anggota Perbadanan Johor, hari ini melancarkan bilik bedah digital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem navigasi di Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

"Bilik bedah digital berharga RM2 juta dengan sistem navigasi itu membantu pencapaian kejayaan dalam bidang pembedahan orthopaedik.

"Ia juga akan menjadi platform bagi pakar-pakar orthopaedik berkongsi pengetahuan mereka serta mempertingkat pendidikan penjagaan kesihatan," kata Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir di sini.

Beliau berkata, kemudahan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal itu merupakan yang kedua di rantau ini selepas Singapura memiliki kemudahan yang sama.

Dengan kemudahan yang diimport dari Amerika Syarikat itu, syarikat berhasrat menjadi pusat kecemerlangan dalam pembedahan lutut, penggantian sendi dan perkhidmatan orthopaedik yang lain, katanya.

Ditanya sama ada kemudahan yang serupa akan dibeli bagi hospital KPJ yang lain, Siti Sa'adiah berkata, ia akan dibuat berdasarkan keperluan pakar-pakar bedah orthopaedik.

"Jika ini berjaya, kami mungkin mengadakan kemudahan serupa di beberapa bahagian hospital yang diiktiraf oleh KPJ," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, syarikat itu lebih mementingkan maklum balas orang ramai dan bukan pulangan pelaburan bagi kemudahan itu.

KPJ Healthcare adalah sebuah syarikat penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di negara ini dengan rangkaian 20 hospital di Malaysia dan dua di Indonesia. Ia mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan dan kira-kira 7,000 pekerja



BACK