Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Untung KPJ Healthcare naik

Utusan Malaysia, Wednesday, 01 September 2010

31-08-2010

KUALA LUMPUR 31 Ogos -Pengendali hospital swasta, KPJ Healthcare Bhd. mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM41.31 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2010, naik 15.4 peratus berbanding RM35.81 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan suku berkeriaan meningkat 10.6 peratus kepada RM410.24 juta daripada RM370.79 juta sebelum ini, kata syarikat itu dalam kenyataannya di sini.

Bagi enam bulan pertama tahun ini, pengendali hospital swasta itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM79.34 juta, naik 17.6 peratus daripada RM67.47 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan terkumpul naik 10.8 peratus kepada RM786.28 juta daripada RM709.52 juta.



BACK