Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

BEDAH GANTI SIKU

Tidak seperti pembedahan menggantikan pinggul dan lutut yang biasa kita dengar, pembedahan menggantikan seluruh siku masih baru dan jumlah pesakit yang melakukannya masih kecil, malah tidak semua

06-02-2011

Tidak seperti pembedahan menggantikan pinggul dan lutut yang biasa kita dengar, pembedahan menggantikan seluruh siku masih baru dan jumlah pesakit yang melakukannya masih kecil, malah tidak semua pakar ortopedik yang mampu melakukan pembedahan ini.

 

Pembedahan menggantikan seluruh siku adalah prosedur rekonstruktif bagi menggantikan tulang pada sendi siku dengan implan atau sendi tiruan. Sendi siku berfungsi sebagai penyambung kepada dua tulang iaitu satu pada lengan atas atau dipanggil humerus dan satu pada lengan bawah (ulna).

 

Prosedur menggantikan seluruh siku sama konsepnya dengan memperbaiki peralatan yang rosak di mana bahagian yang terjejas dikeluarkan dan digantikan dengan bahagian yang baru. Dalam pembedahan siku, bahagian anggota yang rosak akan dikeluarkan dan siku digantikan dengan implan atau bahagian tiruan.

 

Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Mazian Mohammad berkata prosedur menggantikan keseluruhan siku hanya akan dilakukan apabila berlaku ketidakstabilan antara tulang atas dengan tulang bawah lengan sehingga ia rosak.

 

“Apa yang penting, pesakit yang perlu menjalani prosedur ni perlu ditandai dengan kesakitan. Jika sendi rosak tapi fungsi pergerakan baik dan tidak sakit pakar tidak boleh sewenang wenangnya menukar siku berkenaan," katanya yang menjelaskan kebanyakan bahagian implan yang digunakan di negara ni diperbuat daripada bahan kobalt kromium.

 

Dr Mazlan berkata profil individu yang perlu menjalani prosedur ni adalah berasa sakit dan terpaksa makan ubat penahan sakit, pergerakan yang terhad, otot dan saraf masih berfungsi dan hilang fungsi gerakan.

 

Prosedur ini juga dilakukan sekiranya sendi siku rosak teruk sehingga anda kesakitan serta tidak dapat menggunakan anggota lengan.

 

Antara punca kerosakan siku termasuk ialah pembedahan siku sebelumnya yang kurang berjaya, masalah sendi atau radang sendi seperti osteoarthritis dan rheumatoid arthritis, tulang rosak teruk di bahagian atas (humerus) atau bawah lengan (ulna) berdekatan siku, kerosakan teruk atau tisu koyak teruk dalam siku dan tumor di dalam atau sekitar siku.

 

“Begitupun kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini di sini adalah akibat trauma atau kemalangan. Pembedahan ini hanya disarankan sekiranya kaedah perubatan lain tidak memberikan kesan yang memuaskan. Ia bertujuan untuk membina semula dan mengembalikan fungsi walaupun tidak seperti sedia kala." Sekiranya pesakit mengalami kerosakan yang teruk hingga tidak cukup tulang pada siku, pakar boleh menggantikannya dengan tulang orang mati menerusi kaedah graf tulang atau allograf (tisu orang lain). Sebagai contoh tulang dan Amerika Syarikat (AS) yang besar sifatnya membolehkan doktor membentuknya semula mengikut saiz pesakit tempatan.

 

Biarpun pembedahan ini mampu mengubah kualiti hidup pesakitnya, risiko berikut perlu diberi perhatian seperti kerosakan saraf semasa pembedahan, kerosakan salur darah, tulang retak ketika pembedahan, implan longgar selepas beberapa lama, implan haus dan alahan terhadap implan.

 

Kesimpulannya, prosedur menggantikan seluruh siku memberikan kesan positif kepada individu seperti fungsi pergerakan lebih baik walaupun agak terhad selain bebas daripada kesakitan.

 

Namun begitu pesakit tidak boleh lari dan segi penjagaannya kerana sifat implan yang bukan semulajadi.

 

Paling utama perlu diingatkan kepada pesakit yang menjalani pembedahan ini tidak boleh mengangkat beban melebihi lima kilogram, kerana ia boleh menyebabkan implan berkenaan tercabut atau terkeluar daripada sendi asalnya dan menyebabkan komplikasi lain.



BACK