Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ IPOH ANJUR MINGGU KESEDARAN

Hospital Pakar KPJ Ipoh akan menganjurkan minggu kesedaran endometriosis iaitu sejenis penyakit yang menyerang kaum wanita pada Iewat usia, selama sembilan hari bermula 11 Februari ini.

08-02-2011

Hospital Pakar KPJ Ipoh akan menganjurkan minggu kesedaran endometriosis iaitu sejenis penyakit yang menyerang kaum wanita pada Iewat usia, selama sembilan hari bermula 11 Februari ini.

 

Pegawai Perhubungan Awamnya, Rosmaliza Ismail berkata, pameran yang terbuka kepada orang ramai di lobi utama hospital itu akan memberi pendedahan mengenai faktor penyebab simptom serta rawatan terhadap penyakit berkenaan. "Endometriosis merupakan penyakit kronik dan menyebabkan kelumpuhan yang akan memberi kesan hampir 10 peratus kepada sistem peranakan bagi wanita berusia di seluruh dunia. Penyakit ini akan menyebabkan kesakitan pelvik yang kronik, kekejangan teruk, gangguan kitaran haid serta melumpuhkan organ peranakan sekali gus mengakibatkan ketidaksuburan di kalangan wanita” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pada 12 Februari ini, pakar perunding sakit puan dari Adelaide, Australia iaitu Dr. Susan Evan akan melancarkan buku karangannya yang bertajuk ‘Endometriosis and Pelvic Pain’.

 

Menurut beliau, Evan juga dijangka turut merasmikan terjemahan buku tersebut dalam versi Bahasa Cina karya terjemahan Chong Siew Fung.



BACK