Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ HEALTHCARE TINGKAT PRESTASI

KUALA LUMPUR - Kumpulan Perubatan Johor Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) mengumumkan perolehan belum diaudit berjumlah RM1.66 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2010, berbanding RM1.

01-03-2011

KUALA LUMPUR - Kumpulan Perubatan Johor Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) mengumumkan perolehan belum diaudit berjumlah RM1.66 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2010, berbanding RM1.46 bilion tahun sebelum.

 

Keuntungan sebelum cukai juga meningkat sebanyak 16 peratus kepada RM166.74 juta berbanding RM143.89 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir berkata, rangkaian hospital KPJ menunjukkan prestasi yang baik bagi tahun fiskal 2010 dengan memberikan rawatan kepada 2.42 juta orang pesakit di 20 cawangannya seluruh negara.  "Kami menjangkakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai setelah proses pengembangan dan pengubahsuaian hospital kami selesai tahun ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

KPJ turut mengisytiharkan dividen kasar interim keempat sebanyak 5 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen untuk tahun fiskal 2010 sebanyak 15 sen seunit.

 

Menurut Siti Sa’diah, pihaknya optimis bahawa prestasi kumpulan untuk tahun ini akan terus meningkat, disokong oleh pertambahan kapasiti katil dan pengembangan rangkaian hospital KPJ serta aktiviti penjenamaan dan pemasaran yang agresif.

 

"Kami menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya satu hingga dua buah hospital baru setiap tahun.

 

"Pembangunan sedang berjalan seperti yang dirancang dan kami berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran itu," katanya.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa KPJ Healthcare juga dijangka akan menyelesaikan proses pengambilalihan Hospital Pakar Sibu pada suku kedua tahun 2011 dan sedang menyiapkan Hospital Pakar Bandar Baru Klang yang terletak di Klang, Selangor.







BACK