Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KEUNTUNGAN KPJ MENINGKAT

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Keuntungan sebelum cukai KPJ Healthcare Bhd. meningkat 16 peratus kepada RM166.74 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2010 daripada RM143.89 juta pada 2009.

01-03-2011

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Keuntungan sebelum cukai KPJ Healthcare Bhd. meningkat 16 peratus kepada RM166.74 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2010 daripada RM143.89 juta pada 2009.

 

Pendapatan meningkat 14 peratus kepada RM1.66 bilion berbanding RM1.46 bilion pada 2009.

 

"Kami menghargai keyakinan yang pelanggan kami terus berikan kepada kami dan keyakinan ini dicerminkan dalam peningkatan bilangan pesakit di hospital KPJ," kata Pengarah Urusannya Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pada masa depan, beliau berkata, KPJ yakin prestasi kumpulan bagi tahun fiskal 2011 akan terus bertambah baik, disokong oleh kenaikan kapasiti katil di hospital KPJ, pengembangan rangkaian dan aktiviti penjenamaan yang agresif. Bagi suku keempat, keuntungan sebelum cukai KPJ naik 12 peratus kepada RM44.28 juta daripada RM39.39 juta manakala pendapatan meningkat 12 peratus.



BACK