Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Kolej KPJ dinaik taraf

Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ yang beroperasi sejak 1991 kini dinaik taraf ke status kolej universiti

26-07-2011

Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ yang beroperasi sejak 1991 kini dinaik taraf ke status kolej universiti dan dikenali Kolej Universiti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Antarabangsa KPJ (KPJIUC).

Menteri Pengajiari Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pelawaan naik taraf ke status kolej universiti tersebut dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama iaitu kekuatan modal dan kewangan syarikat serta tenaga pengajarnya.

Selain itu, potensi dan keupayaan kolej dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan usaha pengkomersialan dan usaha kolaborasi strategik serta pengantarabangsaan pihak kolej turut diteliti.

"Melalui naik taraf ini juga,  ia memberi peluang kepada KPJIUC untuk menarik para pelajar luar negara dan ia akan menyumbang dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi." katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil naik taraf Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ ke status kolej universiti di sini semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad. Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir.

Khaled memberitahu, dengan naik taraf kolej KPJ itu, negara akan mempunyal 23 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf kolej universiti.







BACK