Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ kukuh kedudukan

PENGENDALI hospital pakar swasta terbesar, KPJ Healthcare Berhad (KPJ) yang juga ahli kumpulan Johor Corporation (JCorp) bakal mengukuhkan lagi kewujudan mereka

09-07-2011

PENGENDALI hospital pakar swasta terbesar, KPJ Healthcare Berhad (KPJ) yang juga ahli kumpulan Johor Corporation (JCorp) bakal mengukuhkan lagi kewujudan mereka dalam industri kesihatan negara dengan pembinaan Hospital Pakar KPJ Pahang yang akan dibina di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Hospital yang bakal menempatkan 200 buah katil itu akan dibangunkan melalui dua fasa dengan kerjasama Pasdec Corporation Sdn Bhd (Pasdec) yang memiliki 30 peratus pegangan daripada kemudahan berkenaan namun pengurusannya diuruskan sepenuhnya oleh KPJ.

Pengerusi Hospital Pakar KPJ Pahang, Mohd Sahir Rahmat, berkata hospital baru itu akan dibangunkan melalui dua fasa bermula dengan fasa pertama membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM80 juta untuk pembinaan dan kelengkapan kemudahan termasuk 122 buah katil.

“Fasa kedua pula dijangka bermula dalam tempoh dua tahun selepas itu dengan menyediakan perkhidmatan onkologi merangkumi perkhidmatan radioterapi dan kemoterapi,” katanya pada majlis pecah tanah hospital berkenaan, di Kuantan, Pahang.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Hadir sama, Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasdec, Datuk Mohd Khairuddin Abdul Manan.

Mohd Sahir berkata, hospital yang akan dibina di atas tapak seluas kira-kira 1.3 hektar itu turut dilengkapi makmal Catheterization, lima bilik pembedahan, unit rawatan intensif, bilik kakitangan serta kemudahan dan perkhidmatan perubatan lain.

“Bagi membantu perunding perubatan melakukan diagnosis mereka, hospital berkenaan dilengkapkan dengan kemudahan pengimejan diagnostik terbaru seperti mesin pengimbas 1.5-Telsa Magnetic Resonance Imaging (MRI) serta 64-Slice Comografi Komputer (CT) selain peralatan perubatan terbaru yang lain,” katanya.

Sementara itu, Siti Sa’diah berkata, selain pembinaan Hospital Pakar KPJ Pahang, pihaknya juga merancang untuk membuka sebuah lagi Hospital Pakar KPJ di Klang, Selangor menjelang akhir tahun ini selain membangunkan Hospital Pakar Muar dan Pasir Gudang di Johor.

“Setakat ini, lebih dua juta pesakit menerima rawatan di 20 buah Hospital Pakar KPJ di seluruh negara serta dua buah di Indonesia malah kita mempunyai lebih 760 pakar perubatan selain lebih 8,000 kakitangan lain,” katanya.







BACK