Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Hospital swasta pertama di Perlis

KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ) dengan kerjasama Yayasan Islam Perlis (YIP) akan melabur kira-kira RM47 juta bagi pembinaan Hospital Pakar Perlis di Kangar.

12-07-2011

KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ) dengan kerjasama Yayasan Islam Perlis (YIP) akan melabur kira-kira RM47 juta bagi pembinaan Hospital Pakar Perlis di Kangar.

Menurut Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir, hospital enam tingkat yang dibina di atas tanah berkeluasan 1.7 hektar di Pengkalan Asam, Mukim Seniab itu dijangka siap menjelang akhir tahun 2012.

"Hospital Pakar Perlis merupakan projek pembangunan usaha sama di antara KPJ dan YIP dalam menawarkan perkhidmatan, penjagaan perubatan dan kemudahan berkualiti yang memenuhi standard antarabangsa.

"Ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada 50,000 penduduk di Perlis, tetapi mempertingkatkan sektor pelancongan perubatan dengan menarik kehadiran pesakit dari Langkawi, utara Kedah dan selatan Thailand," katanya pada majlis memeterai penjanjian usaha sama di antara Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd. dengan YIP di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi YIP, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Timbalan Pengerusi YIP, Tuan Jafperi Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi KPJ, Kamaruzzaman Abu Kassim.

Siti Sa’diah berkata, dengan keluasan binaan 11,427 meter persegi, pembinaan hospital yang bakal menjadi hospital KPJ yang ke-27 itu akan dibahagikan kepada dua fasa pembinaan.

"Fasa pertama akan melibatkan kos sebanyak RM32.8 juta bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan 60 buah katil, peralatan dan alat pengimejan diagnostik terkini, sementara fasa keduanya pula ialah cadangan menambah 30 buah katil atau lebih mengikut permintaan pelanggan, dan kemudahan-kemudahan lain," ujarnya.

Hospital berkenaan, jelas beliau, akan menyediakan tiga buah bilik bedah dengan sebuah unit penjagaan rapi dan bilik bersalin serta perkhidmatan pesakit luar 24 jam, fisioterapi, hemodialisis dan kemalangan serta kecemasan.







BACK