Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Kolej KPJ naik taraf

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi mengumumkan status menaik taraf Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (Kolej KPJ) kepada Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan

28-07-2011

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi mengumumkan status menaik taraf Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (Kolej KPJ) kepada Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (KPJIUC).

Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan institusi berkenaan sebagai pusat pengajian tinggi swasta ke-23 diiktiraf sebagai Kolej Universiti di negara ni.

Pengumuman itu disertai dengan majlis penyerahan sijil disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ), Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir.

Selain sijil naik taraf kepada kolej universiti, KPJIUC turut menerima kelulusan menubuhkan Sekolah Perubatan yang bakal menawarkan ljazah Perubatan dan ljazah Pembedahan bermula September tahun depan Siti Sa’diah berkata, pengiktirafan itu sebagal usaha awal pihaknya memperkukuhkan kedudukan KPJ sebagai pengendali industri berasaskan kesihatan.

Inisiatif itu kata beliau, sejajar prinsip KPJ sebagai penyedia modal insan yang dapat mengendali perkhidmatan kesihatan di hospital miliknya yang kini beroperasi di 20 lokasi.

"Semua hospital berkenaan dikendalikan lebih 760 pakar dan 8,000 pengurus serta kakitangan," katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Sejajar pengiktirafan itu, KPJ kata beliau, turut menaik taraf kampus utama KPJIUC di Nilai, Negeri Sembilan bagi menampung lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

Proses penambahbaikan fasa kedua itu katanya, membabitkan kos RM50 juta dijangka siap penghujung 2012. Ia dilengkapi lapan blok akademik yang mampu menampung 2,000 kakitangan dan pelajar.

"Pembinaan fasa ketiga pula membabitkan penambahan asrama dan blok akademik, dewan serba guna dan kompleks sukan yang menelan belanja kira-kira RM70 juta.

"Kita memperbaiki infrastruktur di kampus Johor Bahru, Johor membuka cawangan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan mengambil lebih ramai pensyarah bagi menghasilkan graduan berkualiti," katanya.











BACK