Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ bina tujuh lagi hospital swasta

Berita Harian, Tuesday, 12 July 2011

12-07-2011

KPJ Healthcare Bhd, kumpulan penjagaan kesihatan terbesar negara, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan bagi membina dan membuka tujuh lagi hospital swasta di seluruh negara dalam ternpoh tiga tahun.

Susulan itu, ia akan meningkatkan jumlah hospital di bawah pengurusan KPJ Healthcare kepada 27 hospital, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai peneraju penjagaan kesihatan di negara ini.

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusannya, Datin Paduka Siti Sadiah Sheikh Bakir, berkata mulai akhir tahun ini dua hospital baru akan mula dibuka iaitu di Klang dan Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala, katanya, lirna lagi hospital yang sedang dan akan mernulakan pembinaan adalah di Pasir Gudang (Johor), Muar (Johor), Bandar Datuk Onn (Johor), Tanjung Lumpur (Kuantan) dan Kangar (Perlis), yang mana bakal disiapkan menjelang 2013.

"Projek pembinaan hospital akan memberikan pulangan modal dalam tempoh tiga hingga empat tahun, bergantung kepada permintaan. "Namun begitu, ada hospital KPJ mendapat pulangan modal lebih awal iaitu selepas tahun kedua operasi," katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian usaha sama dengan Yayasan Islam Perlis di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Siti Sadiah mewakili KPJ manakala Yayasan Islam Perlis diwakili Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi yayasan, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Bhd (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.

Menerusi perjanjian itu, KPJ dan Yayasan Islam Perlis akan menubuhkan syarikat usaha sama, Perlis Specialist Hospital Sdn Bhd, dengan pegangan 60:40 bagi membangunkan Perlis Specialist Hospital, hospital pakar swasta pertama di Perlis.

Menerusi kerjasama itu. pihak yayasan akan menyediakan tapak hospital seluas 1.74 hektar di Pengkalan Asam, Kangar, manakala KPJ akan menyumbang kepakarannya bagi membangun, menyediakan kewangan serta perkhidmatan berkaitan kesihatan untuk mengurus hospital terbabit.

Siti Sa'diah berkata, Perlis Specialist Hospital yang memiliki bangunan enam tingkat itu membabitkan pelaburan berjumlah RM47 juta dan dijangka beroperasi menjelang Januari 2014.

Katanya, pembangunan itu membabitkan dua fasa iaitu fasa pertama dengan pelaburan RM32.8 juta bagi pembangunan hospital dengan kapasiti 60 katil, kemudahan dan teknologi kepakaran perubatan yang khusus.

Sementara itu, fasa kedua pula membabitkan peruntukan tambahan pelaburan lebih RM10 juta bagi perluasan operasi berdasarkan permintaan. "Kami memperoleh kelulusan zon daripada Kementerian Kesihatan untuk membangunkan sebuah hospital baru dengan kapasiti 90 katil namun untuk permulaan kami hanya mulakan dengan 60 katil jika ada permintaan, baru kami tambah jumlah katilnya semasa fasa kedua nanti.

"Hospital ini bukan sekadar untuk 50,000 penduduk di sekitar Kangar tetapi juga untuk pesakit di luar Perlis termasuk daripada Thailand yang memerlukan perkhidmatan pakar dalam penjagaan kesihatan," katanya.







BACK