Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJIUC, IPT terakhir sebelum moratorium: Khaled

Utusan Borneo Sarawak, Tuesday, 26 July 2011

26-07-2011

PUTRAJAYA: Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan (KPJIUC), menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) terakhir yang diluluskan sebelum moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baru bidang perubatan di IPT dilaksanakan, pada Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata KPJIUC telah membuat permohonan untuk menawarkan program perubatan sebelum moratorium dilaksanakan.

"Adalah satu pembaziran atau kegagalan untuk memanfaatkan ekosistem yang terdapat di KPJH (KPJ Healthcare Berhad). Mempunyai rangkaian hospital tetapi tidak boleh menawarkan program perubatan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelawaan naik taraf daripada status kolej kepada kolej universiti di sini semalam. Turut hadir Pengarah Urusan KPJH Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir.

Mohamed Khaled berkata pada masa mi terdapat 33 universiti menawarkan program perubatan termasuk KPJIUC.

Mei lalu, kerajaan melaksanakan moratorium atau pembekuan penawaran kursus baru bidang perubatan di IPT selama lima tahun sehingga 30 April 2016 berikutan peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Mohamed Khaled berkata pihaknya yakin KPJIUC akan dapat memainkan peranan besar terutama dalam bidang sains kesihatan, satu daripada bidang yang dipilih bagi mempromosikan pengajian tinggi di peringkat antarabangsa.

Katanya berdasarkan kepada kekuatan sumber yang ada, kolej universiti itu boleh memberi sumbangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D) perubatan terutama menerokai ubat ubatan baru. "Kita dapati penemuan ilmu-ilmu baru banyak berlaku dalam sektor perubatan, dan KPJIUC dengan rangkaian hospital dan dinaik taraf, saya percaya mereka juga diperlukan untuk melakukan (R&D)," katanya.

Sementara itu, Siti Sa’diah berkata program perubatan itu akan dimulakan dalam tempoh kurang dan dua tahun, dan yakin rekod perkhidmatan dalam bidang kejururawatan serta mempunyai kekuatan 800 pakar dalam pelbagai akan membantu pelaksanaan program perubatan itu.

Beliau berkata KPJ sedang membina kolej di Nilai yang boleh menawarkan kursus itu dan menampung jumlah penuntut. Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata pelawaan naik taraf ke status kolej universiti kepada KPJIUC dibuat selepas kementerian mengkaji dan meneliti beberapa kriteria utama dan syarat penting terhadap pihak kolej.

Katanya perkara itu meliputi kekuatan modal dan kewangan syarikat, keberkesanan tadbir urus, pengurusan dan sistem pentadbiran kolej dan tahap kelayakan akademik tenaga pengajar.

Selain itu, tahap kualiti program akademik dan prestasi kolej, potensi dan keupayaan kolej dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan usaha pengkomersilan,usahakolaborasi strategik dan pengantarabangsaan pihak kolej turut diambil kira.

Bernama







BACK