Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ bakal jadi kolej Universiti

Harian Metro, Tuesday, 26 July 2011

26-07-2011

PUTRAJAYA: Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (Kolej KPJ) yang bakal dinaikkan taraf sebagai kolej universiti sepenuhnya menjelang 2016, akan memainkan peranan besar dalam bidang sains kesihatan. Ia termasuk meningkatkan usaha menarik lebih ramai pelajar asing ke negara mi, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi di rantau mi dan peringkat antarabangsa. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sen Mohamed Khaled Nordin berkata, kelebihan Kolej KPJ adalah mempunyai kemudahan hospital sendin dan boleh digunakan sebaik mungkin untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pengajian dalam bidang kejururawatan dan sains kesihatan di kolej itu. "Malah, dengan kekuatan itu juga, mereka boleh menyumbang dalam bidang peniyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perubatan," katanya selepas menyerahkan surat pelawaan naik taraf ke status Universiti Kolej kepada Kolej KPJ, di sini, semalam. Katanya, pelawaan untuk menaik taraf status Kolej KPJ dibuat selepas kementerian meneliti kriteria utarna dan syarat termasuk kewangan syarikat serta kekuatan tadbir urus, pengurusan dan sistem governan kolej.







BACK