Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Hantar pekerja sambung pengajian ke peringkat PhD

Harian Metro, Tuesday, 26 July 2011

26-07-2011

PUTRAJAYA: Pihak industri diminta menghantar lebib ramai pekerja menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafab (PhD) Industri bagi memastikan mereka mempunyai pekerja berpengetahuan tinggi yang memenuhi kehendak syarikat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu boleb rneningkatkan persaingan dan produktiviti syarikat, Sekali gus menarik minat syarikat luar untuk melabur. "Melalui program in pekerja industri dapat mengikuti pengajian tanpa perlu datang ke universiti untuk menghadiri kelas, di samping kos yuran pengajian sebanyak RM5O,000 yang ditanggung kerajaan. "Pekerja juga akan memperoleh pendapatan seperti biasa kerana pengajian dibuat di syarikat masing-masing," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Bagi Program Doktor Kejuruteraan Antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan enam syarikat industri, di sini, semalam.







BACK