Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Murid pendidikan khas dirai berbuka

Program anjuran KPJ perluas khidmat di kalangan masyarakat setempat

08-08-2011

JOHOR BAHRU: Seramai 20 murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru, diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran KPJ Johor Specialist Hospital dan Puteri Specialist Hospital.

Acara tahunan itu bukan bagi meraikan murid kurang bernasib baik dan memberi peluang kepada kedua-dua kakitangan hospital berkenaan mengeratkan hubungan sesama mereka, malah berperanan memperluaskan khidmat di kalangan masyarakat setempat.

Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir berkata majils itu diadakan bagi meraikan golongan tidak bernasib terutama murid cacat penglihatan yang mengharungi pelbagai keperitan hidup selain memberi peluang kepada pihaknya menyalurkan sumbangan.

"Tradisi setiap kali Ramadan ini akan diteruskan sebagai menghargai sokongan pelbagai pihak yang membantu kami meningkatkan prestasi kami sebagai penyedia rundingan pakar menerusi perkhidmatan di lebih 20 hospital di seluruh negara selain 800 doktor pakar.

"Majlis ini juga penting kerana kejayaan memberangsangkan termasuk disenaraikan antara 100 syarikat terbaik di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) baru-baru ini,’ katanya ketika menyempurnakan acara pemotongan kek bagi meraikan majlis berbuka puasa di Blok Pesakit Luar, KPJ Johor Specialist Hospital.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norita Ahmad; Pengarah Eksekutif, Mohd Sahir Rahmat; Ketua Pegawai Eksekutif, Khairun Ahmad dan Pengurus Besar Kluang Utama Specialist Hospital, Zaiton Sulaiman.

Siti Sa’diah menerima anugerah Global Leadership Award 2011: Master Class Woman CEO of the Year’ bagi edisi Julai daripada The Leaders International turut menasihatkan wanita supaya tampil ke depan dan memperluaskan peranannya dalam pencapaian negara.

Kanak-kanak istimewa. Mohd Adif Akmal Shahrizan, 11, mengetepikan kecacatan dialaminya demi mengejar cita-citanya menjadi pensyarah menerusi pelbagai usaha termasuk menggandakan masa mengulangkaji bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya meletakkan harapan untuk memasuki Maktab Sultan Abu Bakar kerana mahu membuktikan keupayaan bersaing dengan murid lain, tetapi sekiranya tiada rezeki, saya akan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (Cacat Penglihatan) di Kuala Lumpur," katanya yang berasal dan Batu Pahat dan mempunyai seorang adik berusia enam tahun.

"Tradisi setiap kali Ramadan ini akan diteruskan sebagai menghargai sokongan pelbagal pihak yang membantu kami meningkatkan prestasi kami sebagai penyedia rundingan pakar menerusi perkhidmatan di lebih 20 hospital diseluruh negara selain 800 doktor pakar" Siti Sa’diah Sheikh Bakir Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd.







BACK