Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ pilihan terbaik bagi pelaburan jangka panjang, kata OSK Research

KPJ Healthcare Bhd merupakan pilihan yang sangat baik bagi pelaburan jangka panjang dan pengimbangan portfolio, yang menawarkan potensi pertumbuhan dalam sektor bertahan, kata OSK Research Sdn Bhd.

23-08-2011

KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd merupakan pilihan yang sangat baik bagi pelaburan jangka panjang dan pengimbangan portfolio, yang menawarkan potensi pertumbuhan dalam sektor bertahan, kata OSK Research Sdn Bhd.

Dalam satu nota semalam, OSK berkata ia akan mengekalkan saranan 'beli’nya ke atas KPJ Healthcare pada nilai patut yang lebih rendah iaitu RM5.21 daripada RM5.37 sebelumnya kerana keuntungan bersih bagi enam bulan pertamanya tidak mencapai paras unjuran dan jangkaan konsensus.

"Pendapatan dan keuntungan sebelum cukainya selaras dengan jangkaan kami, tetapi prestasi yang lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kadar cukai dan caj faedah minoriti yang lebih tinggi daripada dijangkakan," katanya.

OSK berkata bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2011, hospital baharunya di Indonesia masih belum mencatatkan keuntungan dengan kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.39juta, dan ini adalah seperti yang dijangkakan kerana masih pada peringkat awal tempoh gestasi.

"Berikutan margin yang lebih rendah ini, kadar cukai berkesan yang lebih tinggi, dan andaian caj faedah minoriti yang juga lebih tinggi, kami menurunkan ramalan keuntungan bagi tahun kewangan 2011 dan 2012, masing-masing sebanyak 4.4 peratus dan 3.2 peratus," katanya.

Bernama







BACK