Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ Selangor tumpu rumah kebajikan

Melalui tanggungjawab korporatnya, KPJ Selangor Specialist Hospital di sini memberi sumbangan kepada rumah kebajikan yang terpilih sekitar negeri ni pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim D

26-08-2011

SHAH ALAM - Melalui tanggungjawab korporatnya, KPJ Selangor Specialist Hospital di sini memberi sumbangan kepada rumah kebajikan yang terpilih sekitar negeri ni pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Darul Izzah dan Warga KPJ Selangor, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Ahli Jawatankuasa Sambutan Ramadan dan Syawal KPJ Selangor, Hudza Mohamad berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah hasil daripada kutipan Majlis Makan Malam Amal anjuran pihak hospital terbabit bersama Persatuan Kebajikan AnakYatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) pada Mei lalu.

Menurutnya, melalui program seperti itu ia dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat serta warga KPJ Selangor untuk bersama membantu golongan yang memerlukan bagi menjana ke arah masyarakat yang prihatin dan penyayang.

Selain itu, beliau berkata, majlis berbuka puasa seperti yang diadakan itu sudah dijalankan semenjak tahun 2000. Ini adalah satu usaha murni yang dilakukan dalam mengerat silaturahim antara warga KPJ Selangor dan masyarakat pada musim perayaan ini.

Pada setiap tahun, sebuah rumah kebajikan dipilih bagi diraikan dalam majlis seumpama ni.

"Pada majlis berbuka puasa kali ni, seramai 250 tetamu turut hadir meraikan penghuni Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah dan Bangi," katanya.

Bagi menyerikan lagi majlis berkenaan, artis turut dijemput hadir antaranya Salamiah Hassan, Atilia, Zhoufi dan Zwen.







BACK