Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Malaysia Promosi Pelancongan Kesihatan Secara Besar- besaran Di China

NANNING (China), 25 Okt (Bernama) -- Malaysia mempromosikan secara besar-besaran pelancongan kesihatan di China, pasaran yang mempunyai kira-kira 1.4 bilion penduduk.

25-10-2011

Daripada Jeffri Mohd Rafiee

NANNING (China), 25 Okt (Bernama) -- Malaysia mempromosikan secara besar-besaran pelancongan kesihatan di China, pasaran yang mempunyai kira-kira 1.4 bilion penduduk.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelacongan Kesihatan Malaysia (MHTC) Wong Toon Keng berkata kempen itu dilancarkan di Hong Kong oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dua bulan lepas.

"Hong Kong dipilih disebabkan ia merupakan penentu trend," katanya pada Ekspo China-Asean (CAEXPO 2011) kelapan di sini.

Minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Dr Mary Wong Lai Lin menghadiri forum di Shanghai dan beliau bercakap mengenai industri pelancongan kesihatan Malaysia.

MHTC turut mendapat kelulusan untuk membawa pengamal media dari lima wilayah China melawat pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan di Malaysia bulan depan.

Objektif utama kempen publisiti itu bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelancong China, memandangkan bilangan pelancong kesihatan dari China ke Malaysia tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh beberapa tahun ini, kata Wong.

"Malaysia agak lewat, berbanding Singapura. "Pada masa ini, kira-kira 70 peratus pelancong kesihatan di Malaysia terdiri daripada warganegara Indonesia, dengan Pulau Pinag dan Melaka merupakan destinasi utama mereka," katanya.

Pada CAEXPO 2011 yang berlangsung sembilan hari dan berakhir pada Rabu, MHTC berada dalam kelompok KPJ Healthcare Bhd dan Sunway Medical Centre Bhd, di Pavalion Malaysia anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

"Kami menerima banyak pertanyaan," kata Wong.MHTC ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada 2009 sebagai agensi utama membangunkan dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan. Ia berperanan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan pilihan di rantau ini.

Pada 8 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012 bahawa majlis itu akan diperbadankan.

-- BERNAMA



BACK