Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2012 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ mahu labur RM760j bina 5 hospital – Pengarah Urusan

KPJ Healthcare Bhd akan membina lima hospital baharu yang canggih di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM760 juta sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menambah baik bahagian pelancongan kesihatan di

10-11-2011

KUALA LUMPUR 10 Nov. – KPJ Healthcare Bhd akan membina lima hospital baharu yang canggih di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM760 juta sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menambah baik bahagian pelancongan kesihatan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara.

Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa”diah Sheikh Bakir berkata, pengendali hospital pakar swasta terbesar itu memerlukan masa tiga tahun untuk membina lima hospital baharu tersebut yang dijangka mewujudkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan.

"Hospital tersebut dijangka menyumbang kira-kira RM1.2 bilion kepada pendapatan kasar negara menjelang 2020,” katanya.

Inisiatif itu merupakan satu daripada sembilan projek permulaan baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sesi penerangan perkembangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kesembilan di sini, hari ini.

Hospital baharu itu ialah Hospital Pakar KPJ Klang, Pusat Perubatan Sabah, Hospital Pakar Pasir Gudang, Hospital Pakar KPJ Pahang dan Hospital Pakar Antarabangsa Dato Onn di Johor.

"Pelaburan RM760 juta itu akan membiayai pembinaan lima hospital baharu ini dengan jumlah 822 katil, dengan kapasiti untuk diperluaskan lagi di masa depan.

"Daripada lima hospital itu, dua akan dibuka tahun depan, dua lagi pada 2013 dan yang akhir pada 2014,” katanya selepas majlis penerangan perkembangan ETP itu hari ini. – Bernama



BACK