Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2012 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ Healthcare buka hospital di Perlis

KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare), pengendali hospital swasta terbesar di Malaysia, kini melebarkan sayap dalam industri kesihatan dengan membina sebuah hospital pakar di Perlis.

21-11-2011

KANGAR - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare), pengendali hospital swasta terbesar di Malaysia, kini melebarkan sayap dalam industri kesihatan dengan membina sebuah hospital pakar di Perlis.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu melancarkan acara pecah tanah projek fasa pertama hospital itu yang bernilai RM30 juta bagi merealisasikan pembinaan Perlis Specialist Hospital yang akan bermula Januari 2012.

Hospital pakar setinggi lapan tingkat itu akan dibina di atas tapak seluas kira-kira sehektar di Pengkalan Asam dekat sini dan merupakan satu-satunya hospital pakar swasta di negeri ini.

Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir berkata, projek secara usaha sama dengan Yayasan Islam Perlis (YIPs) itu akan memberi perkhidmatan sempurna terutama kepada lebih 240,000 penduduk negeri ini.

KPJ Healthcare yang merupakan anak syarikat Johor Corporation akan mempunyai 60 peratus kepentingan dalam projek usaha sama itu manakala YIPs sebanyak 40 peratus.

Hospital dengan 90 katil itu akan mempunyai kemudahan tiga bilik bedah termasuk unit penjagaan rapi, bilik bersalin, kemudahan fisioterapi, hemodialisis, kecemasan dan kemalangan serta perkhidmatan pesakit luar 24 jam.

Beliau berkata, pada masa ini KPJ Healthcare memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta pesakit luar dan lebih daripada 220,000 pesakit mendapat rawatan di hospitalnya setiap tahun.







BACK