Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ Healthcare Catat Keuntungan Lebih Tinggi

KPJ Healthcare Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM134.681 juta bagi sembilan bulan pertama 2011 berbanding RM122.457 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

29-11-2011

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM134.681 juta bagi sembilan bulan pertama 2011 berbanding RM122.457 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan bagi tempoh berkenaan juga bertambah kepada RM1.384 bilion daripada RM1.222 bilion yang diraih sebelumnya.

Bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2011, syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi berjumlah RM47.903 juta berbanding RM43.111 juta yang diraih sebelumnya.

Pendapatan bagi tempoh tiga bulan berkenaan juga bertambah kepada RM476.025 juta daripada RM436.484 juta yang dicatatkan tahun lepas.







BACK