Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ Berhasrat Ambil Pusat Anak Permata Negara Sebagai Anak Angkat

KPJ Healthcare Berhad (KPJ) melalui anak syarikatnya kini berhasrat mengambil Pusat Anak Permata Negara (PAPN) sebagai anak angkat pusat kesihatan itu.

30-11-2011

DENGKIL, 30 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ) melalui anak syarikatnya kini berhasrat mengambil Pusat Anak Permata Negara (PAPN) sebagai anak angkat pusat kesihatan itu.

Pengurus Besar KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Noor Haslina Harun berkata antara anak syarikat KPJ yang berminat ialah KPJ Johor Specialist Hospital, KPJ Ipoh Specialist Hospital dan KPJ Selangor Specialist Hospital.

"Walaubagaimanapun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Pusat Anak Permata Negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan majlis ulang tahun kedua PAPN Taman Permata Dengkil, di sini pada Rabu.

Katanya KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital memilih PAPN Dengkil sebagai anak angkat mereka dan hasrat itu dipersetujui oleh PAPN.

Menurutnya menerusi program anak angkat itu, kanak-kanak yang berada di PAPN akan diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan program kesedaran mengenai kesihatan.

"Kita juga akan membuat program bulanan lain dengan mereka dan aktiviti tambahan lain yang mana kita akan bincangkan dengan PAPN nanti," katanya.

-- BERNAMA







BACK