Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Hospital Ampang Puteri jadikan PAPN pusat angkat

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri yang bernaung di bawah KPJ Healthcare Bhd (KPJ) memilih Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di sini sebagai pusat angkatnya bagi menyahut seruan Penaung Program Permata

06-12-2011

DENGKIL: Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri yang bernaung di bawah KPJ Healthcare Bhd (KPJ) memilih Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di sini sebagai pusat angkatnya bagi menyahut seruan Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor supaya memilih salah sebuah pusat Permata sebagai pusat angkatnya.

Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Noorhaslina Harun, berkata pihaknya memilih PAPN Dengkil sebagai pusat angkat untuk melaksanakan program terpilih anjuran pusat perubatan berkenaan.

"Matlamat kami adalah untuk merangsang minda kanak-kanak melalui asuhan dan didikan awal bagi mengembangkan potensi mereka dan segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.

"Melalui program angkat ini, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri akan memberikan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan oleh kanak-kanak di pusat terbabit," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Noorhaslina merasmikan program pusat angkat itu serta memotong kek bagi menyambut ulang tahun kedua penubuhan PAPN itu.







BACK