Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KLINIK DAN PUSAT DIALISIS WAKAF DI SETIAP DAERAH

KESUNGGUHAN dan keprihatinan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam menyalurkan pertolongan kepada rakyat di negeri itu ialah sesuatu yang perlu dicontohi.

01-12-2011

KESUNGGUHAN dan keprihatinan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam menyalurkan pertolongan kepada rakyat di negeri itu ialah sesuatu yang perlu dicontohi.

Kewujudan Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur di Senawang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Seremban untuk mendapatkan rawatan pada kadar yang sungguh murah.

Menyingkap sejarah penubuhannya, pihak MAINS mengambil idea daripada konsep klinik dan pusat dialisis wakaf yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (J Corp) dan rangkaian hospital di dalam KPJ Healthcare Berhad. Beroperasi sejak 6 Oktober 2003, ia memberikan perkhidmatan am kepada pesakit yang memerlukan perundingan (consultation) dan juga rawatan perubatan.

Perkhidmatan dan rawatan diberikan kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama dengan kadar minimum sehanyak RM5 sahaja.

Selain itu, klinik ini juga menawarkan rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang. Pusat dialisis ini mula beroperasi pada 2004 dengan kemudahan enam unit mesin hemodialisis dan kini ia mempunyai 12 mesin hemodialisis bagi menampung permintaan pesakit yang semakin meningkat saban tahun. Pengurusan dan operasi klinik diuruskan oleh kakitangan Hospital Pakar Seremban KPJ.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hassan yang juga Pengerusi MAINS ketika majlis perasmian klinik dan pusat dialisis ini, adalah menjadi hasrat MAINS untuk memastikan pesakit mendapat perkhidmatan terbaik dengan kemudahan yang disediakan.

"Insya-Allah menjelang 2015, kami berharap dapat merealisasikan setiap daerah di Negeri Sembilan mempunyai Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur. Ini diharapkan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan di hospital atau klinik swasta sangat mahal tetapi di sini, mereka hanya perlu membayar atau bersedekah RM5 sahaja untuk. Justeru, sebuah lagi cawangan akan dibuka iaitu di Rembau yang dijangka akan beroperasi hujung tahun ini," ujar beliau.

Kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan dialisis ditanggung sepenuh atau sebahagiannya oleh Baitulmal bagi mereka yang berkelayakan.

Pada tahun ini sahaja iaitu setakat bulan September, sebanyak RM1.55 juta telah dikeluarkan oleh Baitulmal untuk rawatan dialisis berbanding RM1.78 juta (2010), RM1.13juta (2009) dan RM870,664.84 (2008).

Selain menambah cawangan dan mesin hemodialisis, MAINS juga sedang berhincang dengan pihak pengurusan Hospital Pakar Seremban KPJ untuk menambah bilangan syif iaitu daripada dua kepada tiga syif agar lebih ramai pesakit berpeluang mendapatkan rawatan.

Pada majlis berkenaan, Menteri Besar turut menyampai kan bantuan kewangan untuk mesin hemodialisis dan hantuan kepada penerima asal yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Razak Mansor dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.











BACK