Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Kakitangan Hospital KPJ Perdana derma darah

KOTA BHARU: Kira-kira 50 kakitangan Hospital KPJ Perdana dan orang ramai menyambut tahun baru dengan menderma darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah dihadapi hospital itu dan Hospital R

03-01-2012

KOTA BHARU: Kira-kira 50 kakitangan Hospital KPJ Perdana dan orang ramai menyambut tahun baru dengan menderma darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah dihadapi hospital itu dan Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZ II).

Program tiga kali setahun ini turut membabitkan kerjasama 12 kakitangan HRPZ II.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Perdana, Asmadi Mohd Bakri, berkata walaupun fokus hanya kepada kakitangan hospital, namun sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan kerana turut sama menderma darah berbanding sesetengah pihak memulakan tahun baru dengan berpesta.

"Dengan usaha ini, ia secara langsung dapat membantu HRPZ II menampung jumlah tabung darah bagi pesakit yang memerlukan darah memandangkan hospital terbabit memerlukan sekurang-kurangnya 100 hingga 150 unit darah pelbagai jenis sehari.

"Di samping itu, kami juga akan mendapat khidmat darah daripada unit tabung darah HPRZ II bagi tujuan pembedahan ke atas pesakit yang memerlukan," katanya ketika ditemui di Program Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Tahun Baru di Lobi Hospital KPJ Perdana di sini, kelmain.

"Jumlah penderma darah semakin meningkat dan tabung darah HRPZ II juga tidak menghadapi masalah kritikal kerana sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penderma termasuk membabitkan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.







BACK