Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ Healthcare sasarkan pesakit asing meningkat

Melihat kepada pertumbuhan menggalakkan dalam industri pelancongan perabatan di Malaysia, KPJ Healthcare Bhd kini menyasarkan peningkatan sehingga 10 peratus untuk jumlah pesakit asing/ luar negara da

08-10-2012

KUALA LUMPUR, Ahad

Melihat kepada pertumbuhan menggalakkan dalam industri pelancongan perabatan di Malaysia, KPJ Healthcare Bhd kini menyasarkan peningkatan sehingga 10 peratus untuk jumlah pesakit asing/ luar negara dalam tempoh lima tahun.
Merujuk kepada laporan Majlis Pengembaraan Penjagaan Kesihatan barubaru ini, ketua pegawai operasi KPJ, Amiruddin Abdul Satar berkata, terdapatnya pertumbuhan yang berterusan dalam industri ini dari segi pendapatan dari pesakit asing.
"Pertumbuhan itu jelas sekali menunjukkan usaha berterusan kerajaan dan agensi berkaitan yang amat menyokong dan giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan pilihan, kata beliau kepada Bernama. "KPJ juga tidak terkecuali menikmati faedah daripada kepesatan ini," tambah beliau. Bagaimanapun, beliau berkata terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh syarikat untuk meningkatkan kualiti terutamanya dari segi perkhidmatan pengguna, sambil menambah yang pada masa ini, segmen pesakit asing
menyumbangkan kurang daripada lima peratus kepada pendapatan syarikat. "Terdapat banyak ruang untuk kita memperbaikinya
terutama dalam menyediakan perkhidmatan khas untuk segmen ini, seperti mempunyai pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa asing
seperti bahasa Arab dan memberikan rawatan dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan budaya mereka," tambah beliau.
Mengenai operasi syarikat di seberang laut, Amiruddin berkata syarikat telah menunjukkan prestasi baik
dalam operasinya di dua buah hospital di Indonesia dan satu lagi pusat penjagaan di Australia.
"Pada masa ini, dari segi pecahan pendapatan, operasi kami di seberang laut menyumbangkan lima peratus kepada perniagaan kami,"
kata beliau. "Tetapi, masih banyak peluang untuk kami mengembangkan perniagaan terutamanya di Indonesia di
mana kami berharap dapat membina lebih banyak hospital di sana," kata beliau. Beliau menyifatkan Indonesia
ialah sebuah pasaran yang baik, disokong oleh tinjauan ekonomi dan populasi besar Indonesia menjadikannya sebuah negara yang
mempunyai banyak peluang untuk ditinjau. "Terdapat juga beberapa cadangan untuk kami tembusi pasaran lain terutamanya
di Asia tetapi kami masih lagi menelitinya sebelum membuat keputusan sama ada pelaburan itu boleh memberikan keuntungan
kepada kami ataupun tidak," tambah beliau. KPJ, cabang penjagaan kesihatan kepada Johor Corporation, mengendalikan
rangkaian terbesar 22 hospital pakar persendirian di Malaysia. — Bernama



BACK