Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2012 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJUC lahir modal insan industri kesihatan berkemahiran tinggi

Graduan bermutu

06-02-2013

Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) Nilai bukan saja menjadi pusat yang melahirkan graduan berkeyakinan dalam bidang kesihatan, malah memastikan penuntutnya sentiasa berkualiti serta bersedia menempuhi alam kerjaya.

Bermula dengan Diploma Kejururawatan ketika mula beroperasi pada 1991 kini
KPJUC menawarkan enam program peringkat diploma dalam bidang kesihatan bagi memenuhi permitaan industri yang semakin berkembang pesat. Antara program berkenaan adalah Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Dewan Bedah dan Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan.

Penyediaan sukatan kuri­kulum bersesuaian keperluan industri berkairan scrta
penekanan terhadap latihan praktikal secara menyeluruh disemua cawangan hospital KPJ, KPJUC menyadarkan harapan kepada lebih 150 tenaga pengajar bagi menyampaikan ilmu kepada semua penuntut.

Syarat kelavakan bagi le­pasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang berminat me­
nyambung pengajian bagiprogram Diploma Kejurura­watan, Farmasi, Fisioterapi,
Pengimejan Perubatan danDiploma Dewan Bedah ialahmemperoleh lima kepujian
dalam mata pelajaran BahasaMalaysia, Mafematik, Sains,Bahasa Inggeris dan
subjek lain.

Manakala bagi Diploma Pengurusan Maklumat Ke­sihatan, bakal penuntut ­
hanya perlu lulus Bahasa Inggeris selain mendapat kepujianjian bagi Bahasa Malaysia,
Sains dan Maicmatik serta dua subjek lain.

Sebagai anak syarikat ke­pada KPJ Healthcare Berhad yang memiliki 24 hospital di
seluruh negara, KPJUC sen­tiasa mcmastikan program ditawarkan mengikut keper
luan industri dengan penge­nalan pelbagai kursus baru dari peringkat diploma hing­
galah pascaijazah.

Satu kebanggaan buat KP­JUC apabila menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) swasta pertama yang menawarkan Sarjana Ororinolaringologi Pembedahan Kepala dan Leher pada 2012 disusuli dengan pelbagai lagi program pascaijazah dalam bidang farmasi, kejururawatan, pengimejan perubatan dan fisioterpi.

Pada pertengahan tahun ini, KPJUC menyasarkan program peringkat ijazah ke
pada lepasan diploma kesi­hatan yang berminat menyambung pengajian ke pe
ringkat lebih tinggi.

Bagi membolehkan pendi­dikan kesihatan diakses semua lapisan masya­
rakat, KPJUC juga mempunyai cawa­ngan di Johor Bahru,Johor malah bakal
membuka satu lagi cawangan di Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini dan mereka berminat tidak perlu risau mengenai yuran pengajian kerana KPJUC
membantu mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional ( PTPTN) Pengambilan penuntut kini dibuka dan untuk mengetahui
lebih lanjut, sila layariwww.kpjuc.edu.my atau hubungi 1300883758.







BACK