Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Rawatan batu karang tanpa pembedahan di KPJ Perdana

Masalah batu karang yang boleh berlaku kepada seorang daripada 10 orang menemui jalan penyelesaian apabila Hospital Pakar Perdana KPJ

25-02-2013

Masalah batu karang yang boleh berlaku kepada seorang daripada 10 orang menemui jalan penyelesaian apabila Hospital Pakar Perdana KPJ (KPJ Perdana) menyediakan perkhidmatan rawatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).

Rawatan yang dikenali sebagai terapi pemecah batu karang ginjal ini bertindak memecahkan batu karang bersaiz kurang daripada dua sentimeter tanpa perlu menjalani pembedahan dengan hanya menggunakan mesin Sonaliti I-Move.

Mesin yang berharga sebanyak RM1.1 juta ini antara lain menggunakan 100 peratus teknologi terkini yang mana teknologi konduktif yang dipatenkan digunakan dengan sistem pengecaman batu karang secara automatik serta pengawalan secara skrin sesentuh.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd., Amiruddin Abdul Satar berkata, setakat ini, KPJ Perdana adalah satu-satunya hospital swasta yang menyediakan rawatan ESWL selain Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang turut menggunakan teknologi sama.



BACK