Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2012 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Rawatan perubatan RM5

Matlamat utama pembukaan Klinik Wakaf An-Nur adalah untuk membantu golongan berpendapatan di bawah RM800 sebulan mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik.

17-01-2008

Bermula dengan Hospital Wakaf An-Nur di Pasir Gudang dua tahun lalu, diikuti dengan kejayaan beberapa klinik wakaf di negeri Johor, kini konsep yang sama dibawa pula ke Selangor.

Pengendali Klinik Wakaf An-Nur, KPJ Healthcare Berhad (KPJ) memilih Ijok pula untuk mengembangkan sayapnya dalam usaha membantu masyarakat.

Matlamat utama pembukaan Klinik Wakaf An-Nur adalah untuk membantu golongan berpendapatan di bawah RM800 sebulan mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik.

Pembukaan Klinik Wakaf An-Nur di Ijok merupakan cawangan ketiga klinik tersebut di luar negeri Johor selepas Senawang, Negeri Sembilan dan Sungai Buloh.

Pembukaan klinik wakaf di Ijok itu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan di kawasan itu untuk mendapatkan kemudahan serta khidmat rawatan pakar dengan kadar bayaran yang sangat rendah.

Jika sebelum ini mereka tidak mampu untuk ke klinik swasta, kini mereka tidak perlu bimbang kerana setiap rawatan dan ubat-ubatan di Klinik Wakaf An-Nur hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja.

Pengurus Besar Pusat Perubatan Selangor, Mohd. Johar Ismail berkata, bayaran yang dikenakan itu hanyalah sebagai token untuk mengelakkan daripada klinik tersebut disalah guna oleh sesetengah individu.

Bagaimanapun, menurutnya, tidak semua rawatan boleh dibuat di klinik tersebut memandangkan peralatan tidak mencukupi.

“Walaupun klinik ini mempunyai kelengkapan yang terhad tetapi kemudahan yang disediakan cukup untuk merawat kebanyakan pesakit yang mengunjunginya.

“Antara rawatan yang disediakan ialah nebulizer dewasa dan kanak-kanak, suntikan, cucian luka besar dan kecil, pemeriksaan air kencing, pengesahan mengandung, pemeriksaan gula dalam darah serta berkhatan,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Johar berkata, KPJ merancang untuk menyediakan mesin dialisis dalam masa beberapa bulan lagi dan bayaran sebanyak RM70 akan dikenakan.

Mengenai pembinaan klinik tersebut, beliau berkata, sebanyak RM60,000 dibelanjakan setelah mendapat tapak di Masjid Nurul Iman di sini.

“Asal kawasan ini adalah sebuah pejabat, namun apabila kami mencadangkan tapak ini sebagai klinik wakaf tersebut, nazir masjid serta penduduk kampung menyambut baik cadangan tersebut.

“Kami juga merancang untuk membina klinik seperti ini di setiap daerah,” ujarnya.

Katanya, klinik itu juga berperanan untuk mengimarah dan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat Islam.

Dengan keluasan 111.5 meter persegi, klinik di pekarangan Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok itu dilengkapi dengan kaunter pendaftaran, kaunter ubat, bilik rawatan yang selesa dan ruang menunggu yang luas.

Tenaga kerja di klinik itu diketuai oleh Dr. Khairuddin Iswadi Ibrahim dan dibantu oleh dua orang jururawat terlatih.

Sementara itu, Khairuddin yang telah berkhidmat sebagai doktor sejak 12 tahun lalu berkata, sejak dibuka pada November lalu, lebih 300 pesakit telah mengunjungi klinik tersebut.

“Sebahagian besar adalah penduduk Ijok dan selebihnya dari Batang

NEXT

BACK