Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

PENDAPATAN KPJ HEALTHCARE NAIK KEPADA RM1B

Utusan Malaysia - KPJ Healthcare Bhd., penyedia penjagaan kesihatan terbesar negara mengumumkan pendapatannya meningkat 33 peratus kepada RM1.108 bilion bagi 2007 berbanding RM831.5 juta pada tahun se

29-05-2008

Pendapatan KPJ Healthcare naik kepada RM1b

JOHOR BAHRU 28 Mei - KPJ Healthcare Bhd., penyedia penjagaan kesihatan terbesar negara mengumumkan pendapatannya meningkat 33 peratus kepada RM1.108 bilion bagi 2007 berbanding RM831.5 juta pada tahun sebelumnya.


Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, keputusan itu merupakan pencapaian paling positif dalam sejarah 26 tahun kumpulan.


Kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM85.3 juta, naik sebanyak 42 peratus daripada RM60.1 juta pada 2006.


Dana pemegang sahamnya meningkat kepada RM508.8 juta, bertambah 15 peratus daripada RM442.6 juta pada 2006.


Jumlah aset kumpulan meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM1.2 bilion tahun lepas daripada RM1.1 bilion juta pada 2006.


"Kami berpuas hati dengan keputusan itu. Kami yakin ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam mengekalkan pengurusan berhemat perbelanjaan modal dan penambahbaikan struktur perniagaan," kata Muhammad Ali kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan kumpulan di sini, hari ini.
- Bernama



BACK