Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Pink Saves Amazing Race 2016 tingkat kesedaran kanser payudara

23-10-2016


Sebahagian peserta Larian Amal 'Pink Saves Amazing Race 2016' memakai baju berwarna merah jambu sebagai sokongan kepada pesakit kanser ketika menyertai larian di Tasik Titiwangsa pagi tadi. - GAMBAR/BERNAMA - See more at: https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pink-saves-amazing-race-2016-tingkat-kesedaran-kanser-payudara-1.398473#sthash.gyBhfY64.dpuf


KUALA LUMPUR 23 Okt. - Taman Tasik Titiwangsa hari ini diceriakan dengan warna merah jambu bagi acara 'Pink Saves Amazing Race 2016' bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober di seluruh dunia.

Lebih 600 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam acara larian amal sejauh lima kilometer anjuran KPJ Sentosa KL Specialist Hospital.

Mereka termasuk bekas pesakit kanser, kakitangan hospital pakar berkenaan, peserta program 'Biggest Loser' di bawah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) dan orang awam.

Pengarah eksekutif hospital pakar KPJ Sentosa Mohd. Taufik Ismail berkata, ini merupakan kali kedua acara itu diadakan sejak tahun lepas untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan wanita melalui pelbagai pemeriksaan pencegahan dan kempen kesedaran penyakit barah itu.

"Kita adakan acara ini bagi memupuk kesedaran dan menggalakkan masyarakat membuat pemeriksaan awal bagi mencegah penyakit kanser payudara seperti membuat pemeriksaan mamogram. Pemeriksaan melalui imbasan ini penting kerana pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa," katanya. - BERNAMA

- See more at: https://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/pink-saves-amazing-race-2016-tingkat-kesedaran-kanser-payudara-1.398473#sthash.gyBhfY64.dpuf



BACK