Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

RM45 bilion naik taraf perkhidmatan kesihatan

Menaik taraf perkhidmatan kesihatan dan perubatan di seluruh

27-11-2016

MIRI : Sejumlah RM45 billion setahun dibelanjakan untuk menaik taraf perkhidmatan kesihatan dan perubatan di seluruh
negara setiap tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu RM23 bilion adalah dibiayai kerajaan, selebihnya RM22 bilion ditanggung sendiri oleh pihak swasta.

Beliau berkata, pihak swasta memainkan peranan penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Negara yang mana kebanyakan kos dikongsi bersama kerajaan.

"Sektor swasta membelanjakan hampir 46 peratus daripada perbelanjaan kesihatan pada keseluruhannya dan ia memberi
implikasi yang besar.

"Ini kerana sukar untuk kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk membiayai kos perkhidmatan kesihatan dan perubatan di seluruh negara," katanya.

Belia berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Hospital Pakar (KPJ) Miri yang bakal dibina di
Bandar Baru Permyjaya di sini, semalam.

Beliau berkata, sektor swasta masih memainkan peranan yang penting di negara ketika ini, seiring dengan kepesatan sektor pelancongan berasaskan perubatan.

Mengenai KPJ Miri yang akan dibina di kawasan seluas 2.2 hektar itu, Dr.Subramaniam berkata, hospital pakar itu akan membawa pelbagai kemudahan dan kepakaran perubatan canggih kepada masyarakat di Miri dan sekitarnya.

KPJ Miri bernilai RM100 juta dengan kapasiti 180 katil dijadual dapat beroperasi sepenuhnya tahun 2018.

Hospital itu juga dijangka mempunyai Unit Rawatan Kebakarannya sendiri yang dilengkapi dengan sebuah helipad, bagi
mengendalikan kes-kes rawatan mangsa kebakaran seiring dengan perkembangan industri petroleum dan gas di Miri serta negara jiran, Brunei.

Projek pembinaan hospital pakar itu merupakan usaha kerjasama antara KPJ Healthcara Berhad dengan Nairn Holdings Berhad.

Hadir sama pada majlis, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Dato Amiruddin Abdul Satar, Pengerusi Kumpulan Syarikat Nairn, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Nairn, Datuk Hasmi Hasnan dan ketua-ketua jabatan. - Utusan Sarawak



BACK