Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

PHARMANIAGA MENANG ANUGERAH

Utusan Malaysia - KPJ Healthcare Bhd, cabang penjagaan kesihatan Perbadanan Johor dan pemimpin dalam industri perkhidmatan kesihatan di Malaysia, menerima Anugerah Kepimpian Strategi Pertumbuhan Hospi

15-06-2008

SINGAPURA 15 Jun - Pharmaniaga Bhd, syarikat penjagaan kesihatan terbesar Malaysia, memenangi satu daripada anugerah utama kecemerlangan penjagaan kesihatan Frost & Sullivan 2008.
Syarikat itu dipilih sebagai "Syarikat Farmaseutikal Domestik Tempatan Terbaik" bagi program dalam kategori Anugerah Pilihan Doktor yang diperkenalkan tahun ini.

Pfizers Malaysia dipilih sebagai "Syarikat Farmaseutikal Multinasional Terbaik 2008". Frost & Sullivan berkata Anugerah Pilihan Doktor 2008 diperkenalkan di Malaysia dengan matlamat untuk membuktikan kedudukan perkhidmatan organisasi penjagaan kesihatan pada pandangan komuniti.

Penerima dipilih oleh doktor sendiri berdasarkan pengalaman mereka dengan organisasi berkenaan dan bagi tahun ini, lebih 70 doktor mengambil bahagian dalam kajian yang dilakukan.

Pemenang lain-lain kategori ialah Merck Sharpe & Dome yang memenangi dua anugerah, - "Anugerah Pilihan Doktor 2008 Malaysia bagi Kepimpinan Perkhidmatan Pengguna dan Anugerah Pilihan Doktor Malaysia 2008 bagi kepimpinan nilai pelanggan.

KPJ Healthcare Bhd., cabang penjagaan kesihatan Perbadanan Johor dan pemimpin dalam industri perkhidmatan kesihatan di Malaysia, menerima Anugerah Kepimpian Strategi Pertumbuhan Hospital Swasta Asia Tenggara.

Anugerah kecemerlangan Frost & Sullivan yag berlangsung bagi kali ketiga, menawarkan 38 anugerah dalam bidang peranti perubatan, organisasi penyelidikan klinikal, teknologi penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan pekhidmatan penjagaan kesihatan. Anugerah itu disampaikan pada satu majlis di sini baru-baru ini.

Naib Presiden Kanan amalan penjagaan kesihatan Frost & Sullivan, Reenita Das berkata, Asia Pasifik yang merupakan antara pasaran penjagaan kesihatan yang paling pesat berkembang di dunia, kini menyumbang hampir 18 peratus kepada perolehan global dan angka itu diunjurkan mencapai 25 peratus pada 2010.

"Matlamat anugerah itu ialah untuk memperakui syarikat-syarikat yang telah menunjukkan kecemerlangan produk, perkhidmatan dan teknologi supaya terus kompetitif dalam pasaran dan muncul sebagai pemimpin pasaran," katanya.

Lebih 35 syarikat tekemuka dalam industri penjagaan kesihatan yang beroperasi di rantau ini disenarai pendek untuk dipilih menerima anugerah itu bagi prestasi dalam tahun kewangan 2007.

Roche Diagnostics dipilih memenangi Anugerah Kepimpinan Pasaran bagi pemantauan sendiri glukosa dalam darah 2008 bagi pasaran Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Thailand.

Philips Healthcare memenangi dua Anugerah Kepimpinan Pasaran bagi pasaran ultra sound Australia dan Malaysia serta tiga anugerah kepimpinan perkhidmatan pelanggan bagi pasaran Singapura, Malaysia dan Australia.
- Bernama



BACK