Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

KPJ HEALTHCARE LABUR RM31.5J BINA HOSPITAL PAKAR IPOH

Utusan Malaysia - KPJ Healthcare Berhad melabur sebanyak RM31.5 juta bagi pembinaan bangunan baru Hospital Pakar Ipoh (ISH) di sini, dalam usaha meningkatkan kemudahan yang canggih dan moden untuk per

08-10-2008

IPOH 7 Okt. - KPJ Healthcare Berhad melabur sebanyak RM31.5 juta bagi pembinaan bangunan baru Hospital Pakar Ipoh (ISH) di sini, dalam usaha meningkatkan kemudahan yang canggih dan moden untuk perkhidmatan kesihatan yang terunggul di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, bangunan baru lima tingkat itu dilengkapi dengan kemudahan unit rawatan radioterapi bernilai RM9 juta bagi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit.

Menurut beliau, bangunan baru itu juga menempatkan 280 katil daripada 210 katil sebelum ini, dengan menyediakan wad yang selesa dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.

"Selain mempunyai 50 klinik perunding perubatan, tiga wad dan ruang komersial, bangunan baru ini memberikan keselesaan dalam mempertingkatkan kualiti rawatan kesihatan kepada rakyat.

"Dengan adanya kemudahan ini, ISH akan menjadi semakin mantap dan berdaya saing," katanya pada majlis perasmian bangunan baru KPJ ISH di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merasmikan bangunan itu. Hadir sama ialah Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Muhammad Ali yang juga Ketua Eksekutif Johor Corporation berkata, sejak penubuhannya lebih 27 tahun lalu, hospital itu yang bermula dengan hanya 14 orang perunding perubatan dan 80 buah katil kini mampu menawarkan perkhidmatan melalui 42 orang perunding perubatan dengan 700 orang pekerja.

Menurut beliau, hospital itu telah merawat hampir 200,000 orang pesakit luar dan 18,271 pesakit yang memerlukan rawatan di wad pada tahun 2007.

Katanya, seramai 1,015 orang pesakit luar dan 98 orang pesakit dari Medan, Indonesia telah dirawat sejak tahun 2006 hingga kini.

Muhammad Ali berkata, KPJ Healthcare kini mempunyai rangkaian 18 buah hospital pakar di Malaysia, Indonesia (tiga), Arab Saudi (dua) dan sebuah di Bangladesh.

Beliau berkata, rangkaian hospital pakar di Malaysia itu telah mencatatkan jumlah jualan tahunan melebihi RM1 bilion bermula pada tahun 2007.

Kata Muhammad Ali, pihaknya tidak berkompromi dalam mengutamakan kualiti dan memberi khidmat di semua rangkaian hospital KPJ Healthcare dengan melayan penuh mesra kepada pesakit dan pelanggan.



BACK