• KPJ News


    Ramadan 2022: Pengagihan Bubur Lambuk

    08:00AM, 25 April, 2022


    Memang tidak sah bulan Ramadan kalau tiada bubur lambuk!

    Dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki, kakitangan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri berbesar hati menyantuni serta berkongsi rezeki dengan mengagihkan bubur lambuk kepada agensi kerajaan, pelanggan korporat, media, sekolah, pasukan keselamatan, masjid & surau di kawasan Ampang dan sekitarnya.

    Ini juga merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan sempena bulan yang mulia ini.

    Pada program berasingan, terima kasih diucapkan kepada Bank Muamalat kerana telah mengagihkan 100 pek bubur lambuk kepada pasukan barisan hadapan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

    Rezeki Ramadan dikongsi bersama semoga mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.



    Back News & Events