• KPJ News


    PESTA DURIAN KPJ BANDAR DATO ONN RAI PELANGGAN KORPORAT, EJEN INSURAN DAN MEDIA

    12:03PM, 29 June, 2022


    uploaded pictureHAMPIR empat tahun memulakan operasi, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn (KPJBDOSH) terus mengorak langkah cemerlang dengan pelbagai perubahan teknologi perubatan selain seiringan bersama program tanggungjawab sosialnya (CSR).


    Terbaharu, pada 29 Jun 2022, KPJBDOSH buat pertama kali telah menganjurkan program santai bagi memberikan penghargaaan kepada jemputan khas terdiri daripada pelanggan korporat, ejen insurans dan pihak media yang banyak membantu dalam menaikkan jenama hospital ini.


    Pada program itu, kira-kira 100 tetamu yang hadir telah menghadiri sesi taklimat ringkas sebagai pengenalan kepada semua perkhidmatan ditawarkan di hospital ini yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Bandar Dato' Onn, Puan Noor Haslina Harun.


    Tetamu kemudiannya dibawa mengelilingi hospital bagi melihat sendiri fasiliti dan teknologi perubatan yang ditawarkan di hospital ini seperti di unit kecemasan, bilik pembedahan dan bilik rawatan kepada para pesakit.


    Sebaik selesai sesi lawatan, kesemua tetamu akhirnya dibawa ke pekarangan tempat letak kereta tertutup hospital untuk menikmat juadah durian yang dibawakan khas dari sebuah dusun eko pelancongan terkenal di Pontian, Johor.


    KPJBDOSH yang dibina dengan kos keseluruhan lebih RM250 juta memulakan operasi pada 19 Februari 2019 dan merupakan hospital pakar KPJ ke-26 dalam rangkaian hospital KPJ di seluruh negara.


    Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan melibatkan rawatan pakar kanak-kanak, ortopedik, materniti, neurosurgeon, otolaryngology dan paling terbaharu oftalmologi.



    Back News & Events