• KPJ News


    Penyedia Perkhidmatan Kesihatan & Kesejahteraan Wanita Terbaik di Asia Pasifik (Hospital Pakar KPJ Damansara)

    02:12PM, 18 August, 2022


    KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia baru-baru ini diiktiraf sebagai Hospital Terbaik Tahun 2022 di Malaysia buat kali keempat pada Anugerah Penjagaan Kesihatan dan Hospital GlobalHealth Asia Pasifik 2022.

    Ia bersaing bersama jenama antarabangsa terkemuka di seluruh rantau termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja dan India.

    KPJ Healthcare sebelum ini pernah meraih kemenangan dalam kategori yang sama pada tahun 2017, 2018 dan 2021.

    KPJ Healthcare turut meraih beberapa anugerah untuk hospital pakarnya, termasuk Pusat Pengimejan Diagnostik Terbaik di Asia Pasifik (Hospital Pakar KPJ Johor), Penyedia Perkhidmatan Onkologi (Perubatan) Terbaik di Asia Pasifik (Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri), dan Penyedia Perkhidmatan Kesihatan & Kesejahteraan Wanita Terbaik di Asia Pasifik (Hospital Pakar KPJ Damansara).


    Baca artikel penuh disini: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/08/990113/kpj-healthcare-dinobat-sebagai-hospital-terbaik-di-malaysia



    Back News & Events