KPJ Johor News


KPJ Johor sumbang 1,000 pelindung muka kepada pelajar SPM, STPM

Posted on 12:00AM, 17 April, 2021

JOHOR BAHRU: Hospital Pakar KPJ Johor mengambil inisiatif menyumbangkan 1,000 alat pelindung muka dan 500 botol cecair sanitasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2020 di sekitar Pasir Gudang serta Gelang patah, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Azhar Abdullah berkata, bagi kawasan Pasir Gudang, sumbangan tersebut disampaikan kepada Yayasan Pasir Gudang untuk agihan ke sekolah-sekolah yang memerlukannya

Katanya, sumbangan di kawasan Gelang Patah pula melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang dan SMK Gelang Patah.

“Diharap sumbangan ini dapat membantu mencegah penularan pandemik Covid-19 di sekolah sekali gus mengekang penularan pandemik itu kepada calon SPM dan STPM yang perlu hadir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, sumbangan alat pelindung muka dan cecair pensanitasi tangan adalah antara aktiviti tanggunjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada komuniti sempena ulang tahun ke-40 Hospital Pakar KPJ Johor.

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Gelang patah, Abdul Razak Abdul Karim menzahirkan jutaan terima kasih kepada Hospital Pakar KPJ Johor atas sumbangan alat pelindung muka berkenaan.

“Pemberian sumbangan itu sedikit sebanyak dapat melindungi pelajar daripada pandemik Covid-19 ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/kpj-joh...



Back News & Events