KPJ Johor News


Vaksinisasi sahaja tidak cukup mencegah Covid-19

Posted on 12:00AM, 17 April, 2021

PELBAGAI isu timbul tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan.

Malaysia akan menerima bekalan vaksin COVID-19 menerusi perjanjian dengan syarikat farmaseutikal dari United Kingdom, AstraZaneca dan syarikat Pfizer dari Amerika Syarikat.

Biarpun kita sudah hampir pasti akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat ini menerusi perjanjian dua hala itu bagi membendung penularan pandemik, ‘suara-suara sumbang’ ini dilihat seolah-olah mempertikaikan keberkesanan vaksin dan kerajaan biarpun ia dilihat sebagai satu langkah terbaik di dalam situasi global yang penuh mencabar ini.

Persoalannya, adakah vaksin dapat menamatkan pandemik Covid-19?

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Johor, Dato’ Dr. M Singaraveloo, menggunakan vaksin sahaja tidak dapat mengatasi wabak Covid-19.

“Kita mesti sentiasa menggunakan cara dan kaedah yang sedia ada untuk menghentikan daripada penyebaran virus. itu, kita juga mesti sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Elakkan perhimpunan ramai dan upacara yang tidak perlu walaupun di kalangan ahli keluarga terdekat.

“Kita mesti melindungi permukaan muka kita dari virus kerana muka adalah bahagian yang penting dalam tubuh badan kerana virus boleh melalui dan merebak ke badan kita. Mata, hidung dan mulut bertindak sebagai laluan untuk virus memasuki badan kita. Topeng dan pelindung muka adalah cara yang terbaik untuk melindungi daripada virus Covid-19,” jelasnya.

Tambah beliau, vaksin sahaja tidak mencukupi keranakitaita masih tidak pasti daya tahan perlindungan vaksin tersebut serta memberi antibodi yang mencukupi meskipun diberikan dua kali suntikan vaksin.

Ini kerana ia memerlukan masa untuk diketahui. Selain itu, kita perlu yakin dan ingat bagaimana untuk melindungi diri kita daripada beberapa penyakit berjangkit, sebahagiannya kita telah hampir berjaya mengawal seperti penyakit cacar (small pox) dan virus polio.

“Kita juga mempunyai banyak vaksin lain yang telah mengelakkan daripada kematian dan morbiditi pada bayi dan kanak-kanak seperti polio, tuberculosis, whooping cough, tetanus, hemophilus influenza, hepatitis A & B, Diphtheria, Chicken pox, Herpes Zoster, MR (Measles, Mumps, Rubella). Kita akan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya serta berharap vaksin yang akan diterima dan dilancarkan tidak lama lagi berjaya seterusnya dapat mengawal penyebaran virus Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Mengulas tentang keselamatan vaksin yang digunakan, Dr. . M Singaraveloo menjelaskan,
kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan kesan-kesan sampingan sebelum ia diluluskan oleh penilaian badan saintifik yang dikhususkan dalam membangunkan vaksin ini.

Kajian yang meluas telah dilakukan sebelum ia diberikan kepada orang ramai. Tambahan pula, kesan sampingan yang kecil seperti lengan sakit, kemerahan, demam adalah perkara biasa dan kesan sampingannya jarang berlaku. Kepentingan vaksin adalah lebih besar daripada risiko.

Makanan sunah mampu melawan Covid-19?

Makanan sunah yang lazim didengar termasuklah kurma, buah tin dan delima. Ia juga boleh didapati dalam bentuk cecair seperti jus, minyak zaitun dan madu.
Dalam pada itu, mengutamakan pengambilan produk makanan sunah antara faktor keengganan para pesakit menjalani rawatan pemulihan serta melengahkan proses mendapatkan bantuan daripada doktor yang bertauliah. Bahkan jauh lebih ekstrem, terdapat pesakit yang memberhentikan ubatan moden yang dipreskripsikan oleh doktor kerana memilih produk makanan sunah.

Hal ini kerana golongan tersebut merasakan makanan tambahan dan produk makanan sunah lebih selamat dan boleh menggantikan ubatan moden dalam merawat penyakit.

“Persepsi dan salah faham dalam masyarakat pada hari ini harus diperbetulkan dengan kesedaran dan pemahaman yang lebih jelas tentang konsep makanan sunah, amalan pemakanan dan konsep usaha dalam penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit,” jelasnya.

https://bebasnews.my/?p=52723




Back News & Events