KPJ Johor News


Norma baru aksi sumbangsih berjalan lancar

Posted on 12:00AM, 17 April, 2021

LIGA Malaysia (Liga M) 2021 pasti akan diingati sepanjang sejarah penganjurannya ketika ia dilangsungkan dalam keadaan norma baru.

Buat julung kalinya, aksi pembukaan musim baru dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong ekoran pandemik Covid-19 yang masih menghimpit negara.

Ketika perlawanan bakal dilangsungkan tanpa penyokong, para petugas secara langsung dan tidak langsung juga pasti akan melaksanakan tanggungjawab dengan cara baru.

Misalnya pengamal media khususnya jurugambar dan juruvideo yang akan bertugas di tepi padang terpaksa melakukan ujian RTK Antigen pada hari perlawanan sebelum dibenarkan memasuki stadium.

Bagaimanapun, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi meletakkan tanda aras buat pasukan lain dalam menguruskan jurugambar dan juruvideo bertugas.

Untuk aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Harimau Selatan dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini, JDT jelas menitikberatkan soal keselamatan.

Pihak mengurusan pasukan itu meletakkan seorang kakitangannya di salah sebuah hospital bagi membantu dan memudahkan pengamal media untuk melakukan ujian RTK Antigen sekali gus melancarkan proses diperlukan seperti ditetapkan Malaysian Football League (MFL).




https://cakapsukan.com/2021/03/05/norma-baru-aksi-...


Back News & Events