Browse by:
All Year | 2023 | 2022 | 2021 | 2020 | 2019 |
All Categories | FERTILITY PRESERVATION (FP) | FROZEN EMBRYO TRANSFER (FET) | IVF | IVF IN VITRO FERTILISATION |
HOSPITAL PAKAR KPJ WILAYAH SELATAN SUMBANG RM1.035 JUTA, PUPUK KESEJAHTERAAN SEJAGAT SEMPENA BULAN RAMADAN

JOHOR BAHRU: 16 April 2023 | Ahad – KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) melalui lima buah Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan telah membuat penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM850,000 kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor. Hospital tersebut adalah KPJ Johor (RM250,000), KPJ Puteri (RM150,000), KPJ Pasir Gudang (RM300,000), KPJ Kluang (RM50,000) dan KPJ BandarMaharani (RM100,000).
Majlis penyerahan
zakat perniagaan hospital tersebut telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pusat
Konvensyen Persada Johor, Johor Bahru dengan disaksikan oleh Datuk Syed Mohamed
Bin Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation dan Norhaizam
Mohammad, Pegawai Pimpinan, KPJ Healthcare.
Pada majlis tersebut
turut diadakan penyerahan Sumbangan Ramadan kepada tujuh buah persatuan dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO) oleh tujuh buah hospital milik KPJ Healthcare di
negeri Johor. Selain daripada itu, KPJ
Healthcare juga telah menyumbangkan sebanyak RM150,000 kepada Dana Klinik Waqaf An-Nur yang telah disampaikan oleh Dato’ Mohamad Farid Salim, Pemangku Ketua
Pegawai Operasi, KPJ Healthcare. Majlis
Penyerahan Zakat dan Sumbangan Ramadan ini diadakan bersempena dengan Majlis
Berbuka Puasa Kumpulan tersebut.
Dalam satu kenyataan, Norhaizam berkata, “Kami berbesar hati dapat meneruskan usaha kebajikan sosial dan memupuk kesejahteraan komuniti dalam rangkaian operasi kami. Ini sejajar dengan matlamat Kumpulan untuk mengukuhkan kelestarian perniagaan kami melalui penjagaan kebajikan masyarakat dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan. Pada majlis ini, sejumlah RM1.035 juta sumbangan telah disalurkan melalui zakat perniagaan dan sumbangan kepada persatuan-persatuan dan badan-badan kebajikan termasuklah Dana Klinik Waqaf An-Nur. InsyaAllah, semoga usaha ini dapat kami teruskan pada masa hadapan, bertepatan dengan janji “Care for Life” dalam segenap operasi kami,”