KPJ News


Kempen Derma Darah Anjuran Bersama Pusat Darah Negara

Posted on 09:00AM, 20 June, 2020

derma_darah_1.jpg


KPJ Kajang Specialist Hospital bersama Pusat Darah Negara bekerjasama dalam menjalankan kempen derma darah di sini pada 20 Jun 2020 yang lalu. Kempen ini disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada staff dan juga pelanggan KPJ Kajang Specialist Hospital.


Kempen derma darah perlu diperluaskan, antaranya semaikan dalam jiwa masyarakat Islam kerana ia juga antara cabang ibadah yang digalakkan dalam agama. Ia perlu diteruskan secara konsisten di semua agensi kerajaan dan swasta, dengan cara itu masyarakat tidak lagi takut untuk menderma darah dan melihatnya sebagai tanggungjawab sosial yang murni demi kesejahteraan bersama.


Justeru itu KPJ Kajang Specialist Hospital akan teruskan inisiatif ini demi membantu Pusat Darah Negara mencapai stok darah yang mencukupi.



Back News & Events